ยป Friday, March 02, 2007
pelik rasa nya....
di sini dee nak memberi satu peringatan.
kepada sesiapa yang tak tahu cerita sebenar mungkin lihat kite semua seperti apa yang diperkatakan. tapi mengapa anda sekalian hanya mendengar cerita dari sebelah pihak dan lantas mengulas cerita ia dengan pandangan bahawa kita semua bersalah? Pernah tak anda semua terfikir sejenak ade sebab lain kenapa orang itu mengata sedemikian tentang kite semua??
Mungkin ade benar nya peribahasa ini, " kerana mulut badan binasa."
tapi yang sayangnya, bukan badan yang mengata merasa, tetapi badan-badan yang diperkatakan yang terkena. perit....!!!
tempayan sebesar alam tu boleh lah kite tutup tapi... kalau mulut manusia nie, dia ade mcm `SETAN` sikit!!
makin dilawan, makin besar pulak jadi nya. kalau didiamkan, ia seperti menconteng arang ke muka sendiri, betul tak? so... ape kawan-kawan cadangkan? diam atau bertindak? mungkin bukan cara keras, atau kite boleh jadi lebih pintas dengan menggunakan kata-kata pedas?
Terpulang, saya harap ramai yang akan membaca entry ini. tak payah lah mengambil tahu hal yang sebenar tapi anda semua boleh mengambil pelajaran disebalik ape yang diperkata. Tidak semua benda yang dibincangkan oleh kawan anda itu semua nya betul, atau kalau betul pun, cara diperbual tu mungkin mendatang kesan NEGETIF keatas orang yang diperbual itu hanya dengan mengikut perasaan marah beliau.
selidik intipati cerita sebelum mengulas nya.
- masih meragui keikhlas mu.... untuk siapakah sebenarnya?-