ยป Monday, May 15, 2006
Penilaian
Kata pepatah orang inggeris, "First impression always counts". Betul ke? Aku tak nafikan. Manusia nilai seseorang dengan panca indra yang boleh melihat. Mungkin dari situ otak kite mulai berfungsi. Ada yang negatif atau positif. Tapi adil ke bagi orang yang dinilai nye itu?
Ini atas cerita benar. Aku mempunyai seorang kawan yang tidak berapa rapat. Kenali die dalam beberape bulan tapi jarang sekali berbual sehingga adalah malapetaka menipa. Ada persilisihan faham yang berlaku antara kawan aku ini dengan orang lain. Mungkin salah die tapi bukan 100% salah die.Yang salah aku pulak, dengar banyak cerita. Dari orang yang dihukum salah ke orang yang marah-marah je ke orang yang takde kene mengene dengan masalah itu. Haiz... Banyak pulak tu bentuk jalan cerita nye. Dari situ, tanggapan aku terhadap si kawan ini bertukar. Tetapi, baru-baru ini, sekolah lama aku mengundang untuk menyertai sebauh kem.
Dan waktu mengerjakan solat, imam nye pulak ialah kawan aku yang dituduh dulu. Mendayu-dayu mendengar si kawan ini membaca ayat-ayat suci dalam solat. Dari situ aku sedar, AKU KALAH!! AKU TERSILAP!! Nilai seseorang bukan dengan kesalahan yang dia pernah lakukan suatu masa dulu. Mungkin kesilapan yang dilakukan tidak sengaja... Allah memberi ku petunjuk buat ku supaya aku berubah fikiran. Alhamduillah. Maafkan aku kawan....
Aku juga dinilai dgn sekilas pantas. Size badanku yang besar dijadikan bahan ketawa. Mungkin tiada yang tahu betapa perit atau sedihnye aku. Bagaikan maruwah diri ku tiada. Dihempas jatuh kebumi. Kalau nak salahkan Allah, aku berdosa besar. Aku terima hakikatnya. Mungkin nasib aku sebagai orang yang berbadan besar memang untuk bahan ketawa. Cuma aku ingin ingatkan, orang yang berbadan besar juga manusia. Punyai hati dan perasaan. DAN JUGA HARGA DIRI!
Lagi satu kejadian pula, pernah aku difitnah kan membuat sebuah cerita yang tidak pernah wujud. Orang yang menuduh aku pula tidak siasat cerita sebenar lantas terus marah. Yang pelik, sewaktu dimarah-marah tentang aku, banyak pula pekara yang dia tahu pasal aku. Sedangkan aku tidak berapa kenal dengan nya. Setakat "HI""BYE". Pelik kan... banyak tau perkara yang diketahui. Mungkin dia dengar dari pihak-pihak yang dia percayakan. Mana lah tahu... Nilai seseorang bukan dari mulut orang lain. Kenal sendiri, baru tahu hati budi nye....
Nukilan diatas hanyalah sekadar buat suka-suka sahaja... Tafsirkan lah sendiri... buat renungan!
take care... hanya suatu nukilan...