ยป Tuesday, May 09, 2006
KAWAN
persahabatan adalah sesuatu yang indah
mungkin ada yang mengatakan ia akan datang dan juga pergi bila-bila masa...
namun, pucuk pangkalnya bagai mana kita menghormati orang lain... terutamanya kawan kita
aku tak faham atas dasar kawan adalah teman untuk tertawa
disebaliknya, kawan dalam kesusahan, kita tinggal atau tidak tahu untuk berbuat apa.
mungkin sekali-sekala, bergurau menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati si kawan serba sedikit membuat si kawan putus harapan.
kita juga harus berjaga-jaga. Kawan punya perasaan. Yang penting kita tidak boleh samakan kawan kita dan diri kita.Rambut sama hitam, hati lain-lain.
Lantas ia boleh menjadi satu perkara yang mengelirukan. Si kawan boleh berasa kecil hati.
Ada pula yang rasa mereka terlalu rapat dengan si Kawan sehinggakan tidak menghindarkan perasaan si kawan bila dia gurau. Pernah kah terfikir bahawa si kawan tersinggung atau terluka? Kerana terlalu gembira atau senang hati atas gurauan sendiri, kita terlupa dengan perasaan orang lain.
Aku tak pernah percaya atas dasar "musuh". Aku percaya semua orang pernah melalukan kesalahan. Dan juga tersirat perasaan BENCI pada orang lain. Tapi ia tidak bermaksud si dia yang dibenci adalah musuh. Mungkin hanya kurang faham dengan orang yang dibenci nya itu.
Pengajarannya, kita tidak akan tahu bila kawan kita akan terasa kecil hati atau marah tapi kita TAHU bagaimana untuk mengawal diri kita supaya orang yang kita panggil kawan atau sahabat tidak akan rasa demikian.
take care... hanya suatu nukilan...